Wednesday, August 25, 2010

Pelik, Pelik, Pelik

Betul juga kata YAM Tengku Temenggong tu, tak kan seorang Sultan nak disamakan dengan seorang kontraktor. Sultan adalah peneraju yang paling tinggi didalam sesebuah negeri dan akan bertitih kepada Kerajaan dibawah takluknya, tidak serupa kontraktor yang kena gi tengok sendiri projek ditapak projek.

Di sebelah Siam (Thailand) Rajanya telah lama masuk sepital, Kerajaan Siam ditadbirkan dengan sempurna oleh pemerintahnya. Tak ada pun pemangku. Itu menunjukkan kerajaan Siam tahu menghormati perlembagaan negaranya. Bukan macam Kerajaan Kelantan yang letak Perlembagaan dibawah punggong Menteri Besar.

Kelantan ada Tok Peti yang patut menjadi penasihat ugama Islam, tapi Tok Peti Kelantan lain pula halnya, kerana Tok Peti seperti diletak dalam peti sejuk, tak boleh buat gapa sekara.

Dalam bulan posa ni, tak dengar lagi di Istana ada majlis buka posa yang dihadiri oleh semua anak beranak, dok mana Tengku Mahkota, Tengku Bendahara, Tengku Temenggong dan Tengku Amaline Putri. Takkan tak ada masa anak-anaknda nak berbuka posa dengan Bonda dan Ayahnda.

Dengar kabar hanya Tengku Temenggong dan Tengku Amaline saja yang selalu berbuka posa dengan Sultan dan Raja Perempuan, pah tu anaknda yang lain belum sekali pun berbuka posa dengan Ayahnda dan Bonda.

Nak kata sibuk pun ada tubek dalam TV, Tengku Mahkota berbuka posa dengan Menteri Besar Tok Guru dan Ketua Polis Musa bin Hassan. Tak reti rakyat nak mikir dalam hal ni.

Rakyat dok perhati, tiap-tiap hari, gapa nak jadi dengan anak beranak raja kita.

No comments:

Post a Comment